Thursday, March 12, 2009

Gambar

Berkat kesabaran ayah dan Pian, begitu juga mereka yg terlibat secara langsung atau tak langsung - yang banyak beri sokongan; eden dan rakan dapat mendirikan sebuah kandang yang cukup selesa untuk menempatkan banyak lagi kambing-kambing boer.

Inilah adik eden 'Pian' yang turut membantu mengembala kambing boer. Buat segalanya untuk kambing-kambing boer ini.. ada yang dia punya dah... macam-macam nama yang dia beri pada kambing-kambing tu..nanti eden upload gambo kambing milik Pian eh.


Taraaaa..!!! Kandang kambing sudah siap.
Pembinaannya makan masa selama 2 minggu - jawapan yang begitu tepat dari seorang tukang kandang iaitu Bang Pin atau dikenali dengan nama Pak Malau.



Beliau bersama dengan 3 rakan seperjuangan melakukan pembinaan kandang dengan begitu teliti. Sebelum itu kami bertungkus lumus mencari sumber kayu dan zink dari orang yang betul-betul 'expert' dalam bidang ini sesuai dengan budget keperluan yang kami telah aturkan.


Rupanya bukan senang nak bina sebuah kandang kambing ini. Ianya memerlukan ketelitian dari segi ukuran, kuantiti kayu dan zink juga size kandang yang ingin dibuat/direka. Tersilap beli atap zink lain pula rupanya nanti. Tersilap budaget kayu untuk dinding pun lain jadinya nanti.


















Seperti yang eden khabarkan di awal penulisan dalam blog ini. Bukan senang nak senang bukan susah nak susah... kalu nak senang tak payah bersusah payah buat macam-macam untuk dirikan satu impian yang perlukan fizikal dan mental yang kuat.
Inipun perlukan kekuatan sokongan moral dari semua pihak teruatama keluarga terdekat.

Tengok tu.. maybe dah ada yang dapat kawan baru - coz eden pun dah tambah kambing-kambing utk tujuan pembiakan dan baka juga.


Tima kasih pada tuan ni bagi kami tempat yang paling selesa...hehehehe

Anda semua nak tahu, proses pemindahan kambing-kambing boer dari kandang lama juga perlukan masa dan guna taktik yang memerlukan kemahiran juga. Selesai pembinaan kandang yang baru, tanpa berlengah masa Pian merangkap orang kuat EdenBoer melakukan proses umpan kambing dengan pemberian dedak. Susah juga yer... Kener buat aksi koboi macam tangkap lembu. Hampir makan masa 30 ke 40 minit bagi proses perpindahan kambing-kambing ke 'rumah baru' mereka. Pakaian kami memang comot dan kotor kerana terpaksa merangkak di bawahkandang untuk mengejar kambing-kambing boer tersebut.


Walau-apapun keadaan kami, eden mengucapkan WELL DONE for Me and Pyan juga Ayah. Very Good Job!!

No comments:

Post a Comment