Thursday, March 12, 2009

Gambar

Berkat kesabaran ayah dan Pian, begitu juga mereka yg terlibat secara langsung atau tak langsung - yang banyak beri sokongan; eden dan rakan dapat mendirikan sebuah kandang yang cukup selesa untuk menempatkan banyak lagi kambing-kambing boer.

Inilah adik eden 'Pian' yang turut membantu mengembala kambing boer. Buat segalanya untuk kambing-kambing boer ini.. ada yang dia punya dah... macam-macam nama yang dia beri pada kambing-kambing tu..nanti eden upload gambo kambing milik Pian eh.


Taraaaa..!!! Kandang kambing sudah siap.
Pembinaannya makan masa selama 2 minggu - jawapan yang begitu tepat dari seorang tukang kandang iaitu Bang Pin atau dikenali dengan nama Pak Malau.



Beliau bersama dengan 3 rakan seperjuangan melakukan pembinaan kandang dengan begitu teliti. Sebelum itu kami bertungkus lumus mencari sumber kayu dan zink dari orang yang betul-betul 'expert' dalam bidang ini sesuai dengan budget keperluan yang kami telah aturkan.


Rupanya bukan senang nak bina sebuah kandang kambing ini. Ianya memerlukan ketelitian dari segi ukuran, kuantiti kayu dan zink juga size kandang yang ingin dibuat/direka. Tersilap beli atap zink lain pula rupanya nanti. Tersilap budaget kayu untuk dinding pun lain jadinya nanti.


















Seperti yang eden khabarkan di awal penulisan dalam blog ini. Bukan senang nak senang bukan susah nak susah... kalu nak senang tak payah bersusah payah buat macam-macam untuk dirikan satu impian yang perlukan fizikal dan mental yang kuat.
Inipun perlukan kekuatan sokongan moral dari semua pihak teruatama keluarga terdekat.

Tengok tu.. maybe dah ada yang dapat kawan baru - coz eden pun dah tambah kambing-kambing utk tujuan pembiakan dan baka juga.


Tima kasih pada tuan ni bagi kami tempat yang paling selesa...hehehehe

Anda semua nak tahu, proses pemindahan kambing-kambing boer dari kandang lama juga perlukan masa dan guna taktik yang memerlukan kemahiran juga. Selesai pembinaan kandang yang baru, tanpa berlengah masa Pian merangkap orang kuat EdenBoer melakukan proses umpan kambing dengan pemberian dedak. Susah juga yer... Kener buat aksi koboi macam tangkap lembu. Hampir makan masa 30 ke 40 minit bagi proses perpindahan kambing-kambing ke 'rumah baru' mereka. Pakaian kami memang comot dan kotor kerana terpaksa merangkak di bawahkandang untuk mengejar kambing-kambing boer tersebut.


Walau-apapun keadaan kami, eden mengucapkan WELL DONE for Me and Pyan juga Ayah. Very Good Job!!

Wednesday, March 11, 2009

~ EdenBoer Enterprise ~

~Bukan Senang nak Senang..bukan susah nak susah..~

Setelah hampir setahun menjalankan aktiviti gembala kambing ini baru kami sedari ianya tidak begitu mudah seperti memetik jari.. ;)

'Eden' dan rakan bersepakat menubuhkan EDENBOER ENTERPRISE pada 24 Julai 2008 dengan modal pinjaman bantuan kewangan dari agensi kerajaan.
Kami bertekad untuk menjadi penternak yang berjaya. Ini semua kami lakukan untuk keluarga tercinta.

Terima kasih tak terhingga pada keluarga terdekat iaitu ayah dan pian, juga rakan-rakan yang memberi sokongan padu. Tidak lupa juga pada En.Azli, Kak ida & Suami (Agro Gemilang Group) kerana memberi tunjuk ajar serba sedikit mengenai ternakan.

Kepada yang berminat untuk berurusan dangan EDENBOER sila lah datang untuk membuat penilaian sendiri.

Lokasi Kandang Kambing EdenBoer terletak di No.1, Jalan Kemadak, Kg Titian Bintangor, 78100 Linggi (area Lubok Cina), Negeri Sembilan.

utk makluman:

Email Add: BoerUjang09@gmail.com
Call/Sms: 017-2581734 (Pyan)

Sekian.

Impian terlaksana - Bersatu kita teguh...



Alhamdulillah.. akhirnya impian untuk melihat kandang baru dibina terlaksana. Ini semua berkat dari kesabaran ayah dan adik bongsu yang sama-sama turun padang untuk membantu 'eden' menjadikan ternakan kambing 'boer' satu kenyataan. Ditambah lagi dengan bantuan kewangan yang diperolehi dari TEKUN melalui proses pinjaman kewangan. Keinginan melihat kambing-kambing boer bertambah memberi semangat kepada 'eden' untuk mencari 'tukang buat kandang' dengan bantuan adik bongsu iaitu Pian yang lebih awal mengenali ramai rakan-rakan penternak dan tukang-tukang di kawasan kg.kami.

Bermulanya di sini, sekadar berbual kosong dengan kawan karib sambil membincangkan masa depan (hari tua akan datang - insyaALlah panjang umur murah rejeki.. aaamiiinnn...) telah membuahkan idea untuk menternak kambing. Permulaan amat perit sekali kerana dengan modal sendiri - simpanan ala-ala ada lebih masuk akaun..ala-ala pun alhamdulillah la jugak kami mulakan dari membeli seekor kambing-kacukan 'boer cross'.

Kandang sementara yang telah dibina oleh ayah dan Pian.

Ayah dan Pian yang telah bertungkus-lumus membantu 'eden' menguruskan kambing-kambing dan menjaga kandang ini sebaik mungkin sementara 'eden' yang masih bekerja di Kuala Lumpur bersama rakan 'eden' akan balik pada hujung bulan atau apabila ada hal berkenaan dengan EdenBoer Enterprise.

Alhamdulillah punya ayah dan adik yang memahami.
Walaupun 'eden' dan rakan tiada pengalaman yang luas dalam penternakan kambing-kambing ini, pengetahuan perlu diusahakan sendiri. Kami memperolehi dari sumber yang ter'power di dunia iaitu Internet. Macam-macam telah kami layari dari kursus hingga baka terbaik buat usahasama kami ini. Suratkhabar dan majalah tempatan tidak kurang hebatnya juga. Lawatan ke pameran-pameran yang berkaitan seperti MAHA juga kami ikuti untuk menambah pengetahun dalam bidang yang kami ceburi ini.

Terima kasih pada CEO EdenBoer Enterprise yang beri sokongan moral kepada kami.