Wednesday, March 11, 2009

Impian terlaksana - Bersatu kita teguh...



Alhamdulillah.. akhirnya impian untuk melihat kandang baru dibina terlaksana. Ini semua berkat dari kesabaran ayah dan adik bongsu yang sama-sama turun padang untuk membantu 'eden' menjadikan ternakan kambing 'boer' satu kenyataan. Ditambah lagi dengan bantuan kewangan yang diperolehi dari TEKUN melalui proses pinjaman kewangan. Keinginan melihat kambing-kambing boer bertambah memberi semangat kepada 'eden' untuk mencari 'tukang buat kandang' dengan bantuan adik bongsu iaitu Pian yang lebih awal mengenali ramai rakan-rakan penternak dan tukang-tukang di kawasan kg.kami.

Bermulanya di sini, sekadar berbual kosong dengan kawan karib sambil membincangkan masa depan (hari tua akan datang - insyaALlah panjang umur murah rejeki.. aaamiiinnn...) telah membuahkan idea untuk menternak kambing. Permulaan amat perit sekali kerana dengan modal sendiri - simpanan ala-ala ada lebih masuk akaun..ala-ala pun alhamdulillah la jugak kami mulakan dari membeli seekor kambing-kacukan 'boer cross'.

Kandang sementara yang telah dibina oleh ayah dan Pian.

Ayah dan Pian yang telah bertungkus-lumus membantu 'eden' menguruskan kambing-kambing dan menjaga kandang ini sebaik mungkin sementara 'eden' yang masih bekerja di Kuala Lumpur bersama rakan 'eden' akan balik pada hujung bulan atau apabila ada hal berkenaan dengan EdenBoer Enterprise.

Alhamdulillah punya ayah dan adik yang memahami.
Walaupun 'eden' dan rakan tiada pengalaman yang luas dalam penternakan kambing-kambing ini, pengetahuan perlu diusahakan sendiri. Kami memperolehi dari sumber yang ter'power di dunia iaitu Internet. Macam-macam telah kami layari dari kursus hingga baka terbaik buat usahasama kami ini. Suratkhabar dan majalah tempatan tidak kurang hebatnya juga. Lawatan ke pameran-pameran yang berkaitan seperti MAHA juga kami ikuti untuk menambah pengetahun dalam bidang yang kami ceburi ini.

Terima kasih pada CEO EdenBoer Enterprise yang beri sokongan moral kepada kami.


No comments:

Post a Comment